FAQ
Ini adalah senarai ringkas soalan-soalan yang sering ditanya. Untuk maklumat lanjut mengenai Residensi Prihatin, sila emel kepada info@residensi-prihatin.com.
Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.
Residensi Prihatin merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.
Dijangka sebanyak 10,000 unit Residensi Prihatin dirancang untuk pembinaan yang akan datang di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa tiga (3) tahun (2021 –2024).
Residensi Prihatin menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ketika permohonan dibuat dan dilahirkan, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Pendapatan kasar pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Ya, layak, asalkan pendapatan isi rumah pemohon RM5,000 sebulan dan ke bawah.
Boleh. Tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 1 projek sahaja.
Tidak layak, kerana Residensi Prihatin hanya untuk pemohon yang masih tidak memiliki rumah.
Pembiayaan adalah urusan pemohon sendiri.
Residensi Prihatin mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
Tidak boleh. Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan seperti yang disyaratkan ke dalam Portal Residensi Prihatin.
Pemohon perlu mengemukakan penyata gaji bagi 3 bulan.
Ya, pemohon perlu melampirkan bil elektrik dan bil air atau dokumen lain sebagai bukti kediaman tersebut.